PAIP SINKI SUMBAT


umah kalau dah lama 10 tahun ke 15 tahun..jangan cakap le dia punya lemak masak bertapa dalam paip sampai sumbat..kalau renovate umah pastikan saiz paip outlet bahan buangan sesuai saiz sinki..kena tanya kontraktor saiz paip berapa inci nak tanam..tuan umah jugak yang susah sumbat..walhal paip kecik dey..

SINKI DAPUR - guna Outlet 50mm (cuci pinggan mangkuk)
SINKI TANGAN - guna outlet 32mm (untuk cuci tangan sahaja)

kerja senggara mainhole (lurang tandas) akibat lemak masak yang melekat keliling paip.

lubang yang telah dibersihkan RM250.00
banjir umah kawan nie..nak nangis member, dapur banjir dan berbau..seelok nya cara mudah senggara paip nie menggunakan 'chemical solvents' (asid) + air panas. HATI-HATI BOLEH MENGHAKIS KULIT..
tuang dalam sinki..nanti akan kua bebuih-buih..jangan panik,,hakisan sedang berlaku dalam paip..

kalau dapat setahun sekali dah cukup..jangan tunggu dah sumbat baru nak buat..dah telambat der..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan