PENDAWAIAN TERBENAM (CONCEAL CONDUIT WIRING)

projek nie dibuat pada 29/11/2011 dengan kos seperti terlampir, gambonye banyak lagi jadi cukup la sekadar mencuci mata kepada tuan rumah membuat keputusan sewajarnye..terima kasih kepada tetuan zahir    taman dahlia bandar baru salak tinggi..kebetulan masa buat keje nie ada area salak tinggi jadinye harganye ada murah sikit..hehe..jangan mare argh!!
suis sebelah kanan tu lampu bawah tangga, sebelah kirinye lampu dapur and lampu balcony, tapi terendah sikit al-maklumlah tingai kejap je budak-budak main tebok je..aduih..minima tinggi soket 5' kaki je..kira ok la tu




1 pasang kelengkapan lampu 22 7.00 154.00
2 pasang kelengkapan kipas 8 14.00 112.00
3 pendawaian mata kipas menggunakan kabel 2x1.5mm/sq PVC  3 85.00 255.00
termasuk kabel pelindungan, hook pengantung, regulator &
suis 10A terbenam dalam dinding
(dapur/bilik bawah/family hall)
4 pendawaian mata lampu menggunakan kabel 2x1.5mm/sq PVC 5 60.00 300.00
termasuk kabel pelindungan & suis 10A terbenam dalam dinding
(tembok/tangga/dapur/awning/balcony)
5 pendawaian mata kuasa menggunakan kabel 2x2.5mm/sq PVC 4 70.00 280.00
termasuk kabel pelindungan & soket keluaran 1 gang 13A
terbenam dalam dinding
(ruang tamu/luar/dapur/bilik)
6 sambung kabel mata kuasa soket keluaran 13A 3x2.5mm/sq 2 50.00 100.00
PVC (dapur)
7 pendawaian mata kuasa pemanas menggunakan 2x2.5mm/sq 1 110.00 110.00
PVC termasuk kabel pelindungan & suis pemanas 20A
terbenam dalam dinding
8 buka & alih lampu & kipas l/d hook pengantung serta regulator 2 30.00 60.00
(tangga)
9 membaiki keseluruhan permukaan dinding dengan simen 1 306.00 306.00
seperti sediada dengan cermat dan kebersihan ruang kerja.
10 pengujian selepas pepasangan 1 153.00 153.00
MALAYSIA RINGGIT :  ONE THOUSAND EIGHT HUNDRED THETY ONLY total 1830.00


bilik nie nak pasang kipas siling gantung, standart rumah dua tingkat bilik bawah memang tiada kipas so ginie la laluan kabel yang dikenalpasti selamat la, sebelah kanan tu lampu untuk bawah tangga tuan umah nak buat setor kate nye!!

kalu tuan-tuan umah planning tak complete cam nie jadinye.extent dapur, tup tap tup tap nak pasang kipas lak kat dapur..gempak dato nak tebok siling konkrit..layan je..tuan umah kata tak kisah janji ada kipas, kira huru-hara jugak nak cari point paling dekat nak ambik ..yang kat dinding tu soket untuk kabinet dapur, indon yang extent dapur hancus..satu warna kabel gunanye..naya aku nak tracing balik..tuan umah suh kasi panjang sikit kabel nye..yang lawaknye MCB 20A share 4 soket  keluaran 13A ..dah bagi tau tuan rumah kalu trip kasi upgrade MCB 32A..successful



nie lak pasang wiring lampu balcony belakang ..ok tak..luruskan..pakai mesin grinder kalau nak cun gitu..sebabnye masa wat keje nie umah tengah kosong..so dia punya kabus alahai jangan cakap lee..jimatnye kat sini simen n pasir je.. sampah pun tak banyak tiga gunie jugak laa..tak la banyak nak kena tampal..betul tak? gini umah kosong leh wat cam nie..tapi kalu umah dah penuh dek barang-barang guna hemmer drill je la..

PENDAWAIAN PERMUKAAN (SURFACE CONDUIT WIRING)

Pendawaian permukaan conduit pvc litar lampu dan kipas 2cx1.5mm pvc cable lengkap dengan  suis

Pendawaian soket kuasa 13A 2 gang 2cx2.5mm pvc cable,  300mm jarak dari lantai kebaikan kabel  tv,  astro, cd, radio tidak bersepah

Pepasangan fitting lampu 36watt jenis flouresant rm10  upah sahaja. Lampu tuan umah beli laa..

Ini suis lampu dapur dan sebelahnya soket outlet untuk peti sejuk katanya..


Hampir siap , umah ni jenis lama, dinding jenis blok, berlubang dalamnya,  tuan umah nak duduk cepat, pendawaian surface menjadi pilihan dan kosnya murah.

Semua litar baru dan tambahan ke distribustion board,  tuan umah nak buang papan tu, nakkan satu  main fuse dalam distribustion board. Ni paling mencabar nak buat la..sebab final inspection katakan.


Pengujian selepas pepasangan rm150

CONTROL PANEL PUMP


magnetik kontactor 'stuck' perlu disenggara.





SIMEN LANTAI KONKRIT (PORCH)

sambungan paip air 12mm dia jenis ABS (tahan)

tuan umah nak buat stand pipe untuk siram pokok daa.

saluran air hujan (RWDP) dialih ke longkang dan tambahan UPVC 4" dia dan elbow

kabus dan tanam saluran paip

jimat kos korek tanah sediada dan level, kambus dalam longkang tadi.

melevel tanah asal


bersepah dengan bahan binaan..

lantai bagi kuat sikit, tiada jimat2, kasi BRC A8 lagi kukuh 

hampar batu baur 1/2 inci dan rata seluruh lantai


hampir siap meratakan batu baur

melepa lantai simen dengan bancuhan simen

mencabar nak kasi level..hujan nak stat dah..

sikit lagi

berjaya siapkan saiz 20' x 10' RM850


TAMBAHAN SOKET OUTLET BILIK DAN DAPUR

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

tambahan soket keluaran 13A 4 gang

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

marking lokasi pendawaian untuk kitchen hood, ventiltion, oven

tambahan soket keluaran 13A 4 gang

pendawaian lampu pada dapur

pemasangan casing dalam dinding 

pemasangan flexible conduit pada dinding

pendawaian hampir siap memasukan wayar

menebuk laluan kabel pada dapur bahagian luar. untuk memudahkan kerja membaiki dan kerosakan jubin dinding 

hampir siap pemsangan kemasan jubin dinding, 

soket keluaran 4 gang 13A secara surface kerana terdapat main column (tiang utama)

pembaikan dinding luar

permukaan dinding yang telah dibaiki dengan tampalan simen

membaiki semula permukaan dinding dengan simen kapur (stopping) mudah kering




pengujian pepasangan , cantik tak!! gambo yang atas memang hodoh tapi telah ditouc- up sebaik mungkin. kos RM670

2 gang soket outlet, hood, oven, ventilation fan.

tambahan soket keluaran 13A yang baru setelah dikemasi dengan kapur simen. kos RM220

siap sepenuhnya seluruh pendawaian rumah 3 tingkat area taman tropikal 2 bangi. 

ALIH METER TNB

alih meter kedudukan baru RM250

jarak bergantung pada kedudukan baru dan baiki permukaan dinding yang rosak

caj perkhidmatan sambung meter submit ke TNB untuk
satu fasa - RM1700.00 hingga RM2500.00
tiga fasa - RM2700.00 hingga RM4100.00


PENGIRAAN BAHAN-BINAAN UNTUK BAJET

Formula Pengiraan Bata :
Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok

Ikatan Stretcher( satu bata) Panjang 5m dan tinggi 3m
= 5 m x 3 m
= 15m²

= 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 60 biji bata untuk ikatan Stretcher)
Jumlah bata = 900 ketul

Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

iBerpandukan bilangan bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³

ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³

Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³

Dalam kiraan beg/kampit = 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag

Pasir = 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³


IKATAN STRETCHER / SISI BATA (1/2 BATA TEBAL)



Ikatan English ( 9 inci) = Panjang 5m dan tinggi 3m


= 5 m x 3 m
= 15m²

= 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal)

Jumlah bata = 1800 ketul 


Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

iBerpandukan bilangan bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90 m³

ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90 m³

Simen = 1/5 x 0.90m³
= 0.18 m³
Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit 
= 5 bag
Pasir = 4/5 x 0.90 m³
= 0.72 m³

KERJA-KERJA MELEPA
FORMULA : Panjang x Lebar
25 m x 3 m
75 m²

Ketebalan lepaan 19 mm

= 75 m² x 0.019mm

Jumlah Mortar = 1. 43 M³

Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5
= 0.286 M³

Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25
8 beg/kampit

Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5
= 1.14m³

KERJA-KERJA JUBIN

FORMULA PENGIRAAN JUBIN : LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN


Contoh 1: Juka saiz jubin 300 mm x 300 mm
Luas Kawasan = panjang x lebar
= 25 m x 3 m
= 75 M²

Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m
= 0.09 m²

Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m²
= 834 keping




KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED)

FORMULA : Panjang x Lebar
25 m x 3 m
75 m²

Ketebalan mortar 20 mm
= 75 m² x 0.020mm
Jumlah Mortar = 1.5 M³

Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5
= 0.30 M³

Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25
= 8.5 beg/kampit

Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5
= 1.2 m³


KIRAAN PELEKAT ADHESIVE

FORMULA :Panjang x Lebar
= 25 m x 3 m
= 75 m²

Ketebalan adhesive 5 mm
= 75 m² x 0.005m
Jumlah Mortar = 0.37 M³



PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT 
FORMULA = Panjang x Lerbar x Tinggi
= 15 m x 5 m x 1 m
Isipadu konkrit = 75 m³

( Nisbah Bancuhan 1:2:4 )

Jumlah simen = 1/7 x 75 m³
= 10.72 m³
Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg/kampit
= 303 bag/kampit

Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³
= 21.43 m³

Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³
= 42.86 m³

KAEDAH PENGIRAAN ATAP
Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping)

Contoh Pengiraan:

Luas Kawasan = 15m x 5m
= 75 m²
= 75 m² bersamaan 807 k²

Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k²
= 807 keping

Nota:
Anggaran Pengiraan

a) 1m3 simen = 28.25/bag
b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)