Keupayaan exhaust fan biasanya diukur dalam unit CFM
(Cubic Feet per Minutes) manakala kadar peredaran udara sesuatu ruang/bilik
diukur dalam unit ACH (Air Changes per Hour)
CFM (Cubic Feet per
Minutes)
Isipadu udara yang disedut oleh exhaust fan dalam masa 1
minit. Nilai CFM boleh diperolehi daripada manual exhaust fan.
ACH (Air Changes per
Hour)
Nisbah isipada udara yang disedut oleh exhaust fan dengan
isipadu bilik/ruang. Isipadu bilik adalah hasil darab panjang, lebar dan tinggi
(hingga siling) sesuatu ruang/bilik. Isipadu bilik diukur dalam unit kaki (feet)
Formula untuk mengira ACH adalah:
Maka nilai CFM yang diperlukan untuk sesebuah bilik adalah
- 8
ACH untuk bilik air
- 15
ACH untuk dapur
- 6
ACH untuk bilik selain bilik air dan dapur (seperti bilik tidur dan
stor)
Contoh pengiraan:
Sebuah bilik air berukuran 8 x 9 x 12 kaki dan memerlukan
sekurang-kurangnya 8 ACH.
Kemudian, dapatkan exhaust fan yang berkapasiti
sekurang-kurangnya 115.2 CFM
Faedah lain pemasangan exhaust fan adalah:
- memperbaiki
peredaran udara
- mengurangkan
kelembapan udara yang boleh memberi kesan pada dinding dan perabot
- menghalang
pertumbuhan kulat, spora yang boleh menggangu kesihatan
- menyahkan
bau, haba, debu dan asap
Sekiranya
anda hendak membuat pendawaian elektrik pada rumah baru anda, pertimbangkan
pemasangan exhaust fan pada bilik air dan bilik tidur. Adalah
dicadangkan anda membeli exhaust fan jenama terkenal seperi Panasonic
dan KDK kerana jaminan kualitinya. Walaupun agak mahal tetapi jenama ini lebih
tahan lama berbanding jenama lain (boleh tahan sehingga 10 tahun mengikut
pengalaman penulis).