ALIH METER TNB

alih meter kedudukan baru RM250

jarak bergantung pada kedudukan baru dan baiki permukaan dinding yang rosak

caj perkhidmatan sambung meter submit ke TNB untuk
satu fasa - RM1700.00 hingga RM2500.00
tiga fasa - RM2700.00 hingga RM4100.00


PENGIRAAN BAHAN-BINAAN UNTUK BAJET

Formula Pengiraan Bata :
Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok

Ikatan Stretcher( satu bata) Panjang 5m dan tinggi 3m
= 5 m x 3 m
= 15m²

= 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 60 biji bata untuk ikatan Stretcher)
Jumlah bata = 900 ketul

Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

iBerpandukan bilangan bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³

ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³

Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³

Dalam kiraan beg/kampit = 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag

Pasir = 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³


IKATAN STRETCHER / SISI BATA (1/2 BATA TEBAL)



Ikatan English ( 9 inci) = Panjang 5m dan tinggi 3m


= 5 m x 3 m
= 15m²

= 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal)

Jumlah bata = 1800 ketul 


Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu :

iBerpandukan bilangan bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90 m³

ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90 m³

Simen = 1/5 x 0.90m³
= 0.18 m³
Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit 
= 5 bag
Pasir = 4/5 x 0.90 m³
= 0.72 m³

KERJA-KERJA MELEPA
FORMULA : Panjang x Lebar
25 m x 3 m
75 m²

Ketebalan lepaan 19 mm

= 75 m² x 0.019mm

Jumlah Mortar = 1. 43 M³

Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5
= 0.286 M³

Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25
8 beg/kampit

Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5
= 1.14m³

KERJA-KERJA JUBIN

FORMULA PENGIRAAN JUBIN : LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN


Contoh 1: Juka saiz jubin 300 mm x 300 mm
Luas Kawasan = panjang x lebar
= 25 m x 3 m
= 75 M²

Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m
= 0.09 m²

Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m²
= 834 keping




KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED)

FORMULA : Panjang x Lebar
25 m x 3 m
75 m²

Ketebalan mortar 20 mm
= 75 m² x 0.020mm
Jumlah Mortar = 1.5 M³

Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5
= 0.30 M³

Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25
= 8.5 beg/kampit

Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5
= 1.2 m³


KIRAAN PELEKAT ADHESIVE

FORMULA :Panjang x Lebar
= 25 m x 3 m
= 75 m²

Ketebalan adhesive 5 mm
= 75 m² x 0.005m
Jumlah Mortar = 0.37 M³



PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT 
FORMULA = Panjang x Lerbar x Tinggi
= 15 m x 5 m x 1 m
Isipadu konkrit = 75 m³

( Nisbah Bancuhan 1:2:4 )

Jumlah simen = 1/7 x 75 m³
= 10.72 m³
Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg/kampit
= 303 bag/kampit

Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³
= 21.43 m³

Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³
= 42.86 m³

KAEDAH PENGIRAAN ATAP
Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping)

Contoh Pengiraan:

Luas Kawasan = 15m x 5m
= 75 m²
= 75 m² bersamaan 807 k²

Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k²
= 807 keping

Nota:
Anggaran Pengiraan

a) 1m3 simen = 28.25/bag
b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)

kipas pengudaraan (ekzos fan)

Keupayaan exhaust fan biasanya diukur dalam unit CFM (Cubic Feet per Minutes) manakala kadar peredaran udara sesuatu ruang/bilik diukur dalam unit ACH (Air Changes per Hour)

CFM (Cubic Feet per Minutes)
Isipadu udara yang disedut oleh exhaust fan dalam masa 1 minit. Nilai CFM boleh diperolehi daripada manual exhaust fan.

ACH (Air Changes per Hour)
Nisbah isipada udara yang disedut oleh exhaust fan dengan isipadu bilik/ruang. Isipadu bilik adalah hasil darab panjang, lebar dan tinggi (hingga siling) sesuatu ruang/bilik. Isipadu bilik diukur dalam unit kaki (feet) Formula untuk mengira ACH adalah:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdiTkkzmgvLUGtPwgKMGvZN-v-aX-YhYTOeMLwW72AdQkJJkgmtKN2GPc4htLsPLcLsbNoZTinQzRy1rjyx_R7esIj1io3OhFwOhkeNG8uHUVV9f-UYwtxjF-txJWqhbw2U5VD4s3HBe4/s1600/ACH.bmp
Maka nilai CFM yang diperlukan untuk sesebuah bilik adalah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1lZPgpHE_rcDpwsg7Vpag7IWuh5xqfGEB11Z4Iez6sxgQSPUaAvceKtc0yyGuFVOroOjZpG3xJLUrSOfGb1dqhqYsEy55gb6BCpFZ5CX4ri5F3yRM17XNBGCyGHPLrv-TPvd_skbTBsw/s1600/CFM.bmp
Mengikut piawaian Home Ventilating Institute (HVI), nilai ACH yang minimum adalah:
  • 8 ACH untuk bilik air
  • 15 ACH untuk dapur
  • 6 ACH untuk bilik selain bilik air dan dapur (seperti bilik tidur dan stor)
Contoh pengiraan:
Sebuah bilik air berukuran 8 x 9 x 12 kaki dan memerlukan sekurang-kurangnya 8 ACH.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwjP3DF7fWjQAGRL-2an5I0nrxY7AbWzv2DtQiBVDWRUksB5k4-sS480kgtvbm4fJQjBScfn7U38rSKS31uaLTse0G2i1gnwqd9sLwHdHO0EGp5PxOB-8yCWAo1uqQhvSSKUytO1HMzgA/s1600/rumus.bmp
Kemudian, dapatkan exhaust fan yang berkapasiti sekurang-kurangnya 115.2 CFM

Faedah lain pemasangan exhaust fan adalah:
  • memperbaiki peredaran udara
  • mengurangkan kelembapan udara yang boleh memberi kesan pada dinding dan perabot
  • menghalang pertumbuhan kulat, spora yang boleh menggangu kesihatan
  • menyahkan bau, haba, debu dan asap
Sekiranya anda hendak membuat pendawaian elektrik pada rumah baru anda, pertimbangkan pemasangan exhaust fan pada bilik air dan bilik tidur. Adalah dicadangkan anda membeli exhaust fan jenama terkenal seperi Panasonic dan KDK kerana jaminan kualitinya. Walaupun agak mahal tetapi jenama ini lebih tahan lama berbanding jenama lain (boleh tahan sehingga 10 tahun mengikut pengalaman penulis).


SAMBILAN DIRUMAH (HOME BUSINESS)

Pernahkah anda mendengar bahawa hanya dengan menjadi pengguna handphone anda boleh mendapat pendapatan sampingan yang lumayan, tanpa mengubah kerja yang anda lakukan sekarang, tanpa menjual apa-apa barangan, malahan ada yang sudah mencecah kelima angka pendapatan setiap bulan?
Family home BUSINESS.....JOIN ME! (click)

LAMPU AUTO ON (SWITCH MASA)

kepada pemilik rumah ..nie kira nak jimat sikit la bil api tu, untuk waktu malam kasi lampu nyala sendiri tak la jenuh ON/OFF lampu tiap harikan lampu nyala je..TNB gak untung lampu tak tutup ekk...nie tambahan wiring timer switch (sius pemasa) bersepah juai kat kedai lektrik rega nya dalam RM85-RM90 tengok brand apa? digital (mahal) atau analog (murah) bukan apa siap jam tu..kalau-kalau jam kat umah habih bateri jangan segan silu tengok la jam ketot nie..maklumlah asyik duk buat umah orang umah sendiri tak terbuat , tak tau kenapa tapi sebab nak balik kampung 5 hari nye pasal kena buat jugak petang nie kane siap


boleh setting jam kul berapa nak ON/OFF lampu ..bagi tahu je lampu mana nak kasi nyala, tahu la doktor buat cam na..kalau taknak kasi nyala pun boleh? lawak jee...sebab pasang dekat distribustion board, suisnye dekat je pun, timer nie nak kena ada live, neutral n suis bypass (bila-bila nak ON/OFF boleh) supaya jam boleh beroperasi sewajarnya. sebab buat umah sendiri tuan umah caj RM280.00 ..nampak tak tuan umah pun bayar,..nampak? tu dia penangan dia...untuk keselamatan depan n belakang umah wajib la pasang lampu nie..supaya malam umah tak bergelap...selamat balik kampungkan..kalau umah waktu siang lampu asyik nyala ..AWAS!! rumah anda sedang diperhatikan!! so tak rugi pasang benda alahnie, nanti waktu siang timer nie OFF la sendiri dan bergitu lah seterusnya sampai timer nie KO?

kalau nak tahu timer nie KO atau tak, jamnye tak berfungsi ikut waktu semasa, disyorkan check incoming supply dulu guna test pen ek dah kompon KO anda ganti baru je, puncanye kekadang guruh/litarpintas/coil putus macam-macam la...jangan fenin-feninlah ganti baru setel masalah..


ok tak? ketot je jamnya, kalau tahu pasang sendiri boleh buat, nanti saya attachkan gamborajah skimeatik nak wiring nye ek, perlu diberi perhatian semasa buat nie jangan pandang belakang, pandang depan je tau sebabnya litar tengah hidup masa buat pendawaian nie..jika anda khuatir jangan malu, boleh call saya selesai satu masalahkan..disyorkan trace dahulu litar MCB lampu yang nak pasang timer nie, kebiasaan untuk litar lampu/kipas 6A-10A sahaja, TUTUP salah satu MCB berkaitan..senangkan? jika anda gerun dalam erti kata lain ONLY QUALIFIED ELECTRICIAN

kalau guna fotocell (pengesan cahaya) pun boleh..keburukannya waktu mendung pun nyala..tu yang lemah tu...kecik je bendanya rega dalam RM40 hinggit, upah pasang rm120.00

jumpa anda selepas ini.....lala lili lulu...

PENDAWAIAN LITAR LAMPU


kembali lagi bersua ...nie pun kasi update mana yang sempat lah...umah cikgu nie na pasang lampu dinding so point yang paling dekat point bell (loceng) bukan apa nak ambik kabel neutral n earth je pun..syarat-syarat nak hidup lampu mesti ada live n neutral, earth (hijau) untuk pelindungan nie wajib pasang..menjadi satu kesalahan kalu tak pasang kabel earth nie...kalau free tu boleh bapak-bapak ibu-ibu tengok akta-akta pe yang patut ek..dapat kan khidmat pakar bertauliah kompeten, ia bertujuan jika berlaku litar pintas kabel nie dapat 'TRIP' kan pemutus litar kat main distribustion board, tak la gelabah kan...so kalau nak wat gini tuan umah wajib siapkan wang hantaran belanja hangus RM85.00, wiring dekat atau jauh ke nie regenye..kekadang ada kabel yang jauh dan dekat nak kena tarik jadi memudahkan kami berkerja kira kontra/cover mana terkurang atau terlebih sudah,


kalau boleh wat sendiri lagi jimat kos tapi ada la kabel-kabel tak standart, selalunya kabel untuk lampu guna 3x1.5mm/sq PVK/PVC, kekadang bapak-bapak ibu-ibu kena paham ye kalau wiring tambahan berdekatan kabelnye lebih, so pulusnye pun lebih sebab kabelnye dah jadi 5x1.5mm/sq ek..ada pahem? contoh cam gambo kat atas tu..wiring segitu memang mahal sebab nak kena tebok-tebok dinding, bancuh-bancuh simen, tampal-tampal simen, lebih kemas dan cantik nampaknye..tu belum cat lagi..kalu cat lagi gempak tu....


cantik tak lampu nie..lampu dinding bilik budak-budak kecik, tuan umah dah beli so pasang je RM7.00 seunit, kalau banyak darab je.murahkan regenye?

upah pasang lampu & kipas

Sudah termenterai kawasan kajang, semenyih, putrajaya, sepang, serdang, Beranang, hulu langat, hulu semenyih, Seri Serdang dan sedaerah dengannya penaklukan sejajar dengan wang ringgitnya pak!! 

-MEDIUM PRICE DIPASARAN-
dari pada duduk saja-saja tak buat apa aku ambik Upah Pasang Lampu, Kipas rumah baru dari serendah RM 10-20 COMPLETE SATU RUMAH bergantung kepada bilangan lampu, kipas, lampu hiasan/downlight. (tak kisah bentuk apa pun).
SEHARI boleh siap (bergantung kepada jenis rumah- setingkat/2 tingkat/apartment)
JUGA MENGAMBIL UPAH WIRING UNTUK tambah point plug baru, tambah point lampu, point kipas baru, point aircond/heater-Harga boleh dirunding.

HARGA BOLEH DIRUNDING...KUALITI DIJAMIN
BOLEH E-MAIL/CALL UTK DAPATKAN SEBUTHARGA.
E-MAIL : macatechst1@yahoo.com
Call : 013-3327102