PEMANAS AIR (WATERHEATER)


upah pasang pemanas air nie tak seberapa tapi tetuan umah tak tahan nak mandi panas jugak..upah tak mahal cuma nak kena tambah flexible hose pipe heavyduty ..tang nie tuan umah tak paham tu..beli heater dapat heater je paip hose tak masuk kos ikut panjang berapa kaki nak sambung..kalu dekat pendek je la..minimum RM80 hinggit..kalu nak buat wiring/pendawaian RM160 nak kena wat suis heater baru kasi ON/OFF kena guna kabel memadai 3x2.5mm/sq PVK/PVC l/d kabel pembumian dalam consuit pvc ekk..kalu tak yang mandi nanti akan kekejangan sorang-sorang ...tapi jangan risau...selagi ada waktu selagi ada rindu...ewah cam lagu lak!!..pastikan sebulan sekali anda menekan butang TEST TRIP button untuk memastikan benar-benar berfungsi..jika TIDAK BERFUNGSI disyorkan ganti heater baru untuk keselamatan nyawa ANDA..ANDA!!


PENDAWAIAN KIPAS CEILING


nie lak pasang wat wiring kipas siling..agak-agak berapa tinggi nie ekk...reganye murah je RM85.00 hinggit. bukan apa satu hal tempat lampu ganti kipas so kena buat hook n wiring lampu baru la ek ..kira kontra la kan..price kira ok la tu kan..mahal ke!! ala kira wat tambang wet minyak n tol ok la kan..dapat la cover-cover mana patut..pasang kipas RM14 jew..tak kisah apa jenis/branded/remote. jadi cuba kira berapa kos nye ekk..boleh kalau nak runding tapi tengok tempat n lokasi le ekk..kepuasan anda keutamaan kami...layan..pendawaian nie kat umah cikgu sekolah..umah nye kat Villa Semenyih orang kampung kawe la pulak..nak masuk ada security tu yang tak tahan, kena la tinggai je la kad-kad yang boleh lepas..hehe


BILANGAN LAMPU DALAM RUANG

Cara Pengiraan Asas Bilangan Lampu Dalaman Bangunan
Kaedah : Average Illumination Calculation Method
Bil. Lampu = (Pencahayaan x Luas Ruang) / (Bil. Mentol x Lumens/Mentol x CU x MF)
Pencahayaan = Kadar Pencahayaan dipilih dari Jadual Pencahayaan Dalaman Bangunan
Luas Ruang = Panjang (m) x Lebar (m)
Lumens = Kadar Lumens dipilih dari Jadual Katalog Lampu
CU = Co Efficient Of Utilization ( katakan nilai 0.6)
MF = Maintenance Factor (katakan nilai 0.8)
Contoh Pengiraan
Bil. Lampu = (300 Lux x 100m2) / (2nos x 2650 Lumens x 0.6 x 0.8)
Bil. Lampu = 30,000 / 2,544 

Bil. Lampu = 11.79 nos (genapkan pada angka yg sesuai ikut susunan sebenar lampu) 

PENGIRAAN KAYU

bilangan kayu nak guna - tak payah pening-pening nak beli berapa batang kayu kat hardware..ok

KENALI LAMPU ANDA

lampu hiasan berangkai. upah pasang rm15 seunit. lampu jenis nie memang mahal. kadang-kadang hook tiada, nak fitting satu-satu kemudian nak sambung kabel nya nak kena clamp. kebarangkalian jarang disertakan clamp klip so kena check  masa beli la..

TIPS BELI LAMPU...JANGAN TERPEDAYA HARGA MAHAL
1. sila tengok pemegang lampu jenis plastik (hitam/putih) - tembaga dalam pemegang lampu kerap putus (tidak tahan haba)
2. tengok pemegang lampu jenis seramik - OK (tahan haba)

tergolong dalam lampu berangkai

aksesori  lampu hiasan di kedai hiasan menjadi pilihan.
lampu kalimantang 18w atau 36w. upah pasang RM10.00.
upah pasang lampu pun ada harga tau..bergantung pada jenis lampu..jangan komplen awat mahal sangat..yang gi beli lampu mahal-mahal wat pe..mmg la susah nak fittingnya...so kesimpulannya seperti berikut :

downlight, dipsang pada plaster ceiling. upah saja RM12 seunit termasuk tebuk lubang ceiling plaster

SO..pe macam.. sudah kenal dengan lampu pilihan anda...kebanyakan tuan rumah suka lampu-lampu ala-ala kristal nie. terutama baru yang beli rumah la. mesti nak kasi gembak kan..mentol saja dah RM10 sebiji nie jenis biasa la..senang ganti bila bulb rosak..

kebanyakan pengalaman tukar ganti lampu hiasan nie dah banyak sangat memang tak terkira, boleh bertahan 1 hingga 2 tahun. tuan umah mintak tukar lampu biasa sebabnya lampu kerap rosak dan pemegang lampu (plastik) kabel putus dalam.




PENDAWAIAN TERBENAM (CONCEAL CONDUIT WIRING)

projek nie dibuat pada 29/11/2011 dengan kos seperti terlampir, gambonye banyak lagi jadi cukup la sekadar mencuci mata kepada tuan rumah membuat keputusan sewajarnye..terima kasih kepada tetuan zahir    taman dahlia bandar baru salak tinggi..kebetulan masa buat keje nie ada area salak tinggi jadinye harganye ada murah sikit..hehe..jangan mare argh!!
suis sebelah kanan tu lampu bawah tangga, sebelah kirinye lampu dapur and lampu balcony, tapi terendah sikit al-maklumlah tingai kejap je budak-budak main tebok je..aduih..minima tinggi soket 5' kaki je..kira ok la tu




1 pasang kelengkapan lampu 22 7.00 154.00
2 pasang kelengkapan kipas 8 14.00 112.00
3 pendawaian mata kipas menggunakan kabel 2x1.5mm/sq PVC  3 85.00 255.00
termasuk kabel pelindungan, hook pengantung, regulator &
suis 10A terbenam dalam dinding
(dapur/bilik bawah/family hall)
4 pendawaian mata lampu menggunakan kabel 2x1.5mm/sq PVC 5 60.00 300.00
termasuk kabel pelindungan & suis 10A terbenam dalam dinding
(tembok/tangga/dapur/awning/balcony)
5 pendawaian mata kuasa menggunakan kabel 2x2.5mm/sq PVC 4 70.00 280.00
termasuk kabel pelindungan & soket keluaran 1 gang 13A
terbenam dalam dinding
(ruang tamu/luar/dapur/bilik)
6 sambung kabel mata kuasa soket keluaran 13A 3x2.5mm/sq 2 50.00 100.00
PVC (dapur)
7 pendawaian mata kuasa pemanas menggunakan 2x2.5mm/sq 1 110.00 110.00
PVC termasuk kabel pelindungan & suis pemanas 20A
terbenam dalam dinding
8 buka & alih lampu & kipas l/d hook pengantung serta regulator 2 30.00 60.00
(tangga)
9 membaiki keseluruhan permukaan dinding dengan simen 1 306.00 306.00
seperti sediada dengan cermat dan kebersihan ruang kerja.
10 pengujian selepas pepasangan 1 153.00 153.00
MALAYSIA RINGGIT :  ONE THOUSAND EIGHT HUNDRED THETY ONLY total 1830.00


bilik nie nak pasang kipas siling gantung, standart rumah dua tingkat bilik bawah memang tiada kipas so ginie la laluan kabel yang dikenalpasti selamat la, sebelah kanan tu lampu untuk bawah tangga tuan umah nak buat setor kate nye!!

kalu tuan-tuan umah planning tak complete cam nie jadinye.extent dapur, tup tap tup tap nak pasang kipas lak kat dapur..gempak dato nak tebok siling konkrit..layan je..tuan umah kata tak kisah janji ada kipas, kira huru-hara jugak nak cari point paling dekat nak ambik ..yang kat dinding tu soket untuk kabinet dapur, indon yang extent dapur hancus..satu warna kabel gunanye..naya aku nak tracing balik..tuan umah suh kasi panjang sikit kabel nye..yang lawaknye MCB 20A share 4 soket  keluaran 13A ..dah bagi tau tuan rumah kalu trip kasi upgrade MCB 32A..successful



nie lak pasang wiring lampu balcony belakang ..ok tak..luruskan..pakai mesin grinder kalau nak cun gitu..sebabnye masa wat keje nie umah tengah kosong..so dia punya kabus alahai jangan cakap lee..jimatnye kat sini simen n pasir je.. sampah pun tak banyak tiga gunie jugak laa..tak la banyak nak kena tampal..betul tak? gini umah kosong leh wat cam nie..tapi kalu umah dah penuh dek barang-barang guna hemmer drill je la..

PENDAWAIAN PERMUKAAN (SURFACE CONDUIT WIRING)

Pendawaian permukaan conduit pvc litar lampu dan kipas 2cx1.5mm pvc cable lengkap dengan  suis

Pendawaian soket kuasa 13A 2 gang 2cx2.5mm pvc cable,  300mm jarak dari lantai kebaikan kabel  tv,  astro, cd, radio tidak bersepah

Pepasangan fitting lampu 36watt jenis flouresant rm10  upah sahaja. Lampu tuan umah beli laa..

Ini suis lampu dapur dan sebelahnya soket outlet untuk peti sejuk katanya..


Hampir siap , umah ni jenis lama, dinding jenis blok, berlubang dalamnya,  tuan umah nak duduk cepat, pendawaian surface menjadi pilihan dan kosnya murah.

Semua litar baru dan tambahan ke distribustion board,  tuan umah nak buang papan tu, nakkan satu  main fuse dalam distribustion board. Ni paling mencabar nak buat la..sebab final inspection katakan.


Pengujian selepas pepasangan rm150

CONTROL PANEL PUMP


magnetik kontactor 'stuck' perlu disenggara.





SIMEN LANTAI KONKRIT (PORCH)

sambungan paip air 12mm dia jenis ABS (tahan)

tuan umah nak buat stand pipe untuk siram pokok daa.

saluran air hujan (RWDP) dialih ke longkang dan tambahan UPVC 4" dia dan elbow

kabus dan tanam saluran paip

jimat kos korek tanah sediada dan level, kambus dalam longkang tadi.

melevel tanah asal


bersepah dengan bahan binaan..

lantai bagi kuat sikit, tiada jimat2, kasi BRC A8 lagi kukuh 

hampar batu baur 1/2 inci dan rata seluruh lantai


hampir siap meratakan batu baur

melepa lantai simen dengan bancuhan simen

mencabar nak kasi level..hujan nak stat dah..

sikit lagi

berjaya siapkan saiz 20' x 10' RM850


TAMBAHAN SOKET OUTLET BILIK DAN DAPUR

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

tambahan soket keluaran 13A 4 gang

tambahan soket keluaran 13A 2 gang

marking lokasi pendawaian untuk kitchen hood, ventiltion, oven

tambahan soket keluaran 13A 4 gang

pendawaian lampu pada dapur

pemasangan casing dalam dinding 

pemasangan flexible conduit pada dinding

pendawaian hampir siap memasukan wayar

menebuk laluan kabel pada dapur bahagian luar. untuk memudahkan kerja membaiki dan kerosakan jubin dinding 

hampir siap pemsangan kemasan jubin dinding, 

soket keluaran 4 gang 13A secara surface kerana terdapat main column (tiang utama)

pembaikan dinding luar

permukaan dinding yang telah dibaiki dengan tampalan simen

membaiki semula permukaan dinding dengan simen kapur (stopping) mudah kering




pengujian pepasangan , cantik tak!! gambo yang atas memang hodoh tapi telah ditouc- up sebaik mungkin. kos RM670

2 gang soket outlet, hood, oven, ventilation fan.

tambahan soket keluaran 13A yang baru setelah dikemasi dengan kapur simen. kos RM220

siap sepenuhnya seluruh pendawaian rumah 3 tingkat area taman tropikal 2 bangi.