PEMPAIPAN PAIP MILD STEEL (MS)

















PENDAWAIAN SOKET UNTUK KOLAM HIASAN

RM270

SEBELUM 
SELEPAS 


SUPPLY TERDEKAT UNTUK LOOPING

22FT LALUAN CONDUIT DIKENALPASTI ATAS CEILING JEE.


18FT LALUAN CONDUIT KE KOLAM HIASAN

16FT NAK KENA GALI ATAS TANAH UNTUK LALUAN KABEL

LOKASI SOKET KELUARAN 13A
SIAP SOKET DENGAN PENUTUP WATERPROFFING


PERALATAN PENDAWAIAN


CONDUIT 20MM SNGKUT SADDLE DENGAN JARAK 4FT  

CONDUIT DAH MASUK KABEL 2.5MM PVC

KASI POTONG CONDUIT ASAL PASANG TEE DAN KASI BEND 45 ANGLE UNTUK MASUK KABEL BARU..APA MACAM BROO!!


BINA TANDAS

lokasi memang lapang macam padang pasir rasa nyeee...panas dey..mendung best sikit..stanby air minum je laa...tempoh siap dua minggu..nampak kecik kan tapi memang ngantuk tunggu simen kering la, tiang kasi tegak la, nak kasi level tanah la, korek tanah tanam itu tangki septik.


concrete roof

kos tandas RM10,000 lengkap dengan tandas cangkung, kepala paip, jubin dinding, jubin lantai, tingkap, pintu lipat PVC,

pandangan sisi tandas hampir siap

tangki septik kapasiti 5 orang

paip uPVC untuk sistem kumbahan dan sanitasi

tingkap pengudaraan 2'x2'


persediaan tapak dan ukur 

bahan binaan dan kelengkapan 



JUBIN RETAK DAN 'KEBOOM'


pernah tak kowang buat jubin, seminggu / sebulan / setahun pas tu jubin lantai / dinding tiba-tiba "kebabomm!!' pe hal jubin baru....memang jubin baru..cara pasang macam naa? ada lu ambik kisah..tak kan..beli la jubin sekeping rm25 ...tak seran..silap pasang, seluruh nya kena buang kalau tak meletup bahagian lain pulak..

komponen utama :
jubin saiz 1ft x 1ft - 96 keping (beli kurang tak pa lebih jangan)
simen gam + susu - 4 beg + 4 botol


tuan umah panggil pasang kasi upah, barang dia beli..pergh..mmg barang lu beli,,tak cukup dey, aku pun kira-kira la semula nak comform kan materialnya..


kerosakan jubin lantai dapur akibat kesilapan pemasangan. simen gam tidak dipasang. kerja membaiki keseluruhan RM920.00















perlu membuang keseluruhan jubin lantai dan pasang yang baru 8' x 12 '


kos pasang jubin lantai dan dinding RM13-18sqft



KABEL BAWAH TANAH


kabel kecik je pun nak tanam, lubang kemain lagi beso..ikut spesifikasi kata nye..sedey wey..dua hari nak siap sebab hujan jadi longkang la kejap ditakung dek ayer..kabel lampu jalan 

pengorekan kabel bawah tanah  untuk mengganti kabel yang rosak sepanjang 50m 

tanam kabel 3'dalam 

saiz kabel 1 x 4c 16mm/sq PVC/SWA/PVC

2c x 16mmsq - RM55 semeter
4c x 16mmsq - RM75.50 semeter


BUMBUNG POLYCARBONATE

bumbung nie ada dua type

SOLID - sekeping
HOLLOW - ada lubang strow celah kepingan

nampak macam senangkan, tapi leceh sebab ada frame yang akan duduk sama polycarbonate, secara teknikalnya ukuran luas memainkan peranan tentukan harga..kalau banyak boleh la bagi diskaun sikit-sikit..

ada umah tu buat rosak sikit je pun..saya bagi harga agak tinggi jugak sebab apa ekk...kak..kedai tak juai potong sikit-sikit kak/abang...kos rugi pemilik tanggung la..sapa yang nak pakai selebihnya..kalau simpan pun sapa yang nak pakai kan..so pemilik panggil orang lain je la yang buat..lebih kurang sama jugak harga tapi mahal sikit je dari aku...hahaha..kelakar "tak pa bang, abang buat je la"..

harga pun berbeza, selalu orang wat awning kat porch dan boleh dibentuk-bentuk, cahaya boleh tembus , macam-macam warna ada..harga dalam RM18sqft


kerosakan bumbung polycarbonate type solid akibat ribut

kerja anggaran harga dan analisa keosakan 

netting hitam terkoyak dari kedudukan

pandangan hadapan rumah kalis kalis hujan 

struktur bumbung masih dalam keadaan baik



pandangan sisi rumah teduhan
kos pembaikan bumbung transparent jenis corriguted RM8,000


LAPISAN KALIS AIR (WATER-PROOFING SYSTEM)

kalau nak tau kolam / tandas / roof slap yang melibatkan takungan cam gini air asyik surut je..maknanya lapisan kalis air dah tak fungsi / memang tak pasang langsung...serius beb!! kena pulak dah pasang jubin kat dinding bagai..duk-duk 2-3 tahun bocor...mesti menyirapkan..pas tu salah kan kontraktor buat silapkan....walhal korang nak murah...

lapisan ini memang tak nampak sangat tapi kena ambik tau jugak..harga tak berapa mahal tapi bebaloi kalau buat..3mm tebal pun 5 tahun jugak la klu nak bocor balik..nak kena hack sikit lantai asal untuk bagi cengkaman, kos RM40.20 m/segi

area berisiko bocor kolam mandi / kolam ikan / bumbung konkrit / lantai / bilik air tingkat atas (kawasan terdedah dengan air)

kerja waterproofing kolam ikan bocor

menampal dan membaiki dan melepa lantai kolam dengan cermat

kerja hampir siap 

kos pembaikan RM3000
jenama sesuai natang nie SIKA / AQUAGUARD 25kg/beg + Chemical (set lengkap) ..kalau pandai buat sendiri pun boleh...sapu pakai berus penyapu / sudip..

so sapa2 punya umah ada tanda-tanda gini cepat-cepat kumpul duit...dah ada deposit hello jee...nanti kasi la sebutharga..kalau berkenan ambik la ek..

PAIP SINKI SUMBAT


umah kalau dah lama 10 tahun ke 15 tahun..jangan cakap le dia punya lemak masak bertapa dalam paip sampai sumbat..kalau renovate umah pastikan saiz paip outlet bahan buangan sesuai saiz sinki..kena tanya kontraktor saiz paip berapa inci nak tanam..tuan umah jugak yang susah sumbat..walhal paip kecik dey..

SINKI DAPUR - guna Outlet 50mm (cuci pinggan mangkuk)
SINKI TANGAN - guna outlet 32mm (untuk cuci tangan sahaja)

kerja senggara mainhole (lurang tandas) akibat lemak masak yang melekat keliling paip.

lubang yang telah dibersihkan RM250.00
banjir umah kawan nie..nak nangis member, dapur banjir dan berbau..seelok nya cara mudah senggara paip nie menggunakan 'chemical solvents' (asid) + air panas. HATI-HATI BOLEH MENGHAKIS KULIT..
tuang dalam sinki..nanti akan kua bebuih-buih..jangan panik,,hakisan sedang berlaku dalam paip..

kalau dapat setahun sekali dah cukup..jangan tunggu dah sumbat baru nak buat..dah telambat der..